Monday 17 December 2012

Basmallah



PENJELASAN TENTANG MEMBACA BISMILLAH DI DALAM SOLAT MENURUT IMAM SYAFIE.
       Fatwa Al-Imam As-Syafie
 Menurut imam Syafie RA berdasarkan hadis Nabi SAW “supaya sesorang menbaca ummul quran dalan solatnya”.mengisyaratkan bahawa membaca ummul quran dalam solat itu wajib apabila dia mampu membacanya.1
Sabda Nabi saw dari Ubaidah bin Shamid RA bahawa Rasulullah SAW :

“tidak sah solat seseorang yang tidak membaca surah Al Fatihatul kitab(Al Fatihah)”
(Sahih Bukhary hadis ke 707,sahih Muslim hadis ke 348)
Dari Abu Hurairah RA.Katanya Nabi SAW bersabda:


“Siapa yang tidak membaca ummul Quran(fatihah) dalam solat maka solatnya tidak sempurna(3x)(H.R.Muslim:sahih muslim hadis ke 349)
Imam Syafie berkata: Bismillahir-rahmanir-rahim termasuk surah Al-fatihah, demikianlah sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari ibnu Abbas R.A katanya.2



“Sesungguhnya Rasulullah SAW memulai bacaan ummul quran dengan Bismillahir-rahmanir-rahim”(H.R.Imam Tirmizi)
Hadis diriwayatkan dari Said bin Jubair R.A mengenai firman Allah SWT:



“Dan sesungguhnya kami telah memberi kepadamu tujuh ayat  yang di baca berulang-ulang ”(surah al-hijr:87)
-Said bin Jubair RA mengatakan bahawa maksud tujuh ayat yang berulang-ulang adalah ummul quran(surah al-fatihah)3
Hadis diriwayatkan dari Nafi ra dari ibnu Umar:”bahawasanya dia tidak pernah meninggalkan membaca basmalah untuk surah A l-fatihah dan surah sesudahnya4
Kesimpulan:
  Melaluinya dalil-dalil di atas maka jelaslah bahawa bismillahir-rahmanir-rahim itu adalah merupakan ayat yang pertama dalam surah al-fatihah dan pendapat inilah yang diyakini oleh golongan yang bermazhab Syafie.Maka dengan itu,setiap penganut mazhab sama ada hanafi,maliki,syafie atau hanbali masing-masinglah berpegang dengan mazhab yang mereka yakini akan kebenarannya.Ini kerana,  keempat-empat Imam mazhab tersebut masing-masing memiliki dalil yang  sahih dari Al quran dan As sunnah dalam menetapkan hukum.Maka dengan itu, apabila kita berpegang dengan salah satu dari empat mahzab tersebut, bererti kita telah berpegang dengan Al quran dan As sunnah yang bersesuian dengan apa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Wallahu a’lam.

Seterusnya dinukilkan beberapa hukum membaca bismilllahirrahmanirahim pada surah al fatihah dan dalilnya dari bebrapa orang tokoh ulama dalam mahzab imam syafie.
1.      IMAM AL GHAZALI RA,{WAFAT 505 H}
Dalam kitab ihya ulumuddin, jilid 1, bahagian “kitab rahsia solat dan segala kepentingannya” pada bab ke-2 di bawah tajuk “PEMBACAAN” halaman 532, beliau berkata..
      “kemudian di bacakan surah al fatihah dimulai dengan bismillahirahmanirahim dengan menyempurnakan tasydid dan hurufnya”

2.      IMAM AN NAWAWI RA{WAFAT 676 H}
Beliau berkata..
     “Diwajibkan membaca bismillahirahmanirahim kerana ia merupakan ayat yang lengkap dari permulaan surah al fatihah”5


No comments:

Post a Comment