Monday 17 December 2012

Zikir Berjamaah



ZIKIR BERJEMAAH ADALAH SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Sabda nabi saw:
Tidaklah duduk suatu kaum dalam suatu majlis, mereka berzikir kepada allah swt di sana, mekainka para malaikat menyelimuti(menggerumuni)mereka.Mereka diliputi rahmat dab allah swt menyebut mereka dalam kelompok oreng yang berada di sisiNYA.”
{HR Imam Muslim RA.}
v  Hadis tersebut(di atas) menunjukan keutamaan majlis-majlis zikir dan orang-orang yang berzikir, serta keutamaan berkumpul dalam melakukan zikir(berzikir secara berjemaah).
{Al-Imam Asy-shan’ani RA}.

v  Disunnatkan berzikir demikian pula duduk di dalam halaquh ahli zikir(majlis zikir berjemaah).
{Al-Imam An-Nawawi RA.}  



Disusun  Oleh ~> M.Hali Kuddin@Bidin



        Dewasa ini laungan kalimah “bid’ah” sangat mahsyur diperkatakan terutamanya dalam kalangan generasi muda yang sangat lantang menghukum sesuatu amalan dengan melebelkannya sebagai bid’ah tercelah atau dholalah bahkan menghukumkannya sebagai haram dan golongan yang mengamalkannya masuk neraka..
       Apa yang menyedihkan kita  ialah,  ramai umat islam yang hidup di penghujung zaman ini tidak memahami bahkan tidak mengetahui apakah sebenarnya yang dikatakan bid’ah itu. justeru itu peluang ini digunakan sepenuhnya oleh golongan tersebut (generasi muda) untuk memanipulasi konsep bid’ah sehingga sewenag-wenangnya mereka menghukum suatu amalan itu bida’ah yang tercelah walhal bid’ah itu terbahagi kepada dua iaitu bid’ah hasanah dan bid’ah dholalah/tercelah.Mereka(generasi muda) menetapkan hukum tanpa memperdulikan kaedah yang telah digariskan oleh para ulama  dalam menetapkan hukum sama ada suatu amalan itu Bid’ah Hasanah atau sebaliknya.
      Sebelum kita membahas lebih lanjut tentang konsep bid’ah,hendaklah terlebih dahulu kita mengetahui .dan memahami  tentang konsep As-Sunnah, ,Mengapa demikian? Ini kerana,As-sunnah itu adalah lawan kepada bid’ah.
BAHAGIAN 1               
* KONSEP AS-SUNNAH*
     Sunnah menurut bahasa ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau tidak[1].Manakala sunnah menurut istilah syarak pula ialah segala yang dipindahkan dari Nabi saw,baik yang merupakan perkataan,perbuatan mahupun merupakan taqrir(pengakuan) sebelum Nabi saw di bangkitkan  menjadi Rasul mahupun sesudahnya[2]
Maka sunnah Rasulullah SAW  ialah jalan Rasulullah SAW ,jalan yang di ikuti oleh para sahabatnya dan oleh umat islam yang mencintai syariatnya.Dan jalan inilah pula yang wajib di ikuti oleh setiap orang yang beriman kepada Allah SAW,jalan yang diterangkan dalam kitabNya Al-quran seperti mana yang ditegaskan oleh Al Imam As-Syafie iaitu “segala apa yang telah  dihukumkan oleh Rasulullah,maka hukum itu adalah difahamkan dari Al-quran[3]
         Diantara rahsia As-sunnah dan kepentingannya yang diterangkan dalam Al-Quran dan Al-Hadis ialah;-
1)        Firman allah SWT dalam surah an-nisa’ ayat 59.:
      
 “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah allah dan taatilah Rasul{Nabi Muhammad} dan Ulil Amri{Pemegang Kekuasaan, selama pemegang tersebut bepegang kepada allah swt dan sunnah rasul saw}. Jika    kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah(al-quran) dan rasul(as-sunnah) jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demkikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.


2)                 Sabda Nabi saw:-

        “Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya iatu kitab Allah(Al-Quran) dan Sunnah RasulNya(Nabi Muhammad saw)”(Hadis Riwayat Imam Malik R.A).4]    
                   
     3)    Sabda Nabi saw:-
Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahKu dan sunnah khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk sesudahKu”[5].
Ø  Khalifah yang dimaksudkan ialah syaidina abu bakar as-siddiq, syaidina umar al-khattab, syaidina usman bin affan dan syaidina ali bin abi talib R.A.{Hadis riwayat imam abu daud dan tarmizi}

4)      Firman Allah swt:-
“Dan barang siapa menderhakai Allah dan rasulNya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata”{surah al-ahza:36}

5)         Sabda Nabi saw:-
    Barang siapa menyalahi akan sunnahKu, maka bukanlah dia daripada golonganKu”(6).{H.R al-khatib}

v           Melalui dalil-dalil Al-quran dan hadis Nabi saw di atas, kita dapat mengetahui betapa pentingnya  perjalanan hidup ini di warnai dengan hukum-hakam dari Al-quran dan al-hadis(sunnah rasulullah saw) sama ada yang berkaitan duni,lebih-lebih lagi  urusan agama dan akhirat.
            Maka setiap sesuatu/perkara hendaklah diselesaikan @ dirujuk kepada Al-quran dan sunnah Nabi saw, demikianlah yang di perintahkan oleh Allah swt firmanNya dalam surah An-nisa ayat59 di atas, demikian juga dengan jaminan dari Nabi saw melalui sabdaNya, di mana kita tidak akan sesat selama-lamanya

No comments:

Post a Comment